Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan, Nancy Shukri hari ini mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli Parlimen yang menyokong usaha pemakaian baju batik pada setiap Khamis ketika tempoh persidangan.
Beberapa ahli Parlimen turut menyampaikan pantun bagi menyatakan keterujaan mereka berpakaian batik di Dewan Rakyat.