[LIVE] Burung Besi Kembali Terbang Tinggi

Sinar Harian 2021-10-28

Views 322

Hampir dua tahun negara dibadai Covid-19, dalam tempoh itu juga industri penerbangan berdepan saat yang menyukarkan.

Pekerja diberhentikan, pramugari, pramugara dan juruterbang bertukar kerjaya. Itu yang mereka hadapi selain kerugian berbilion ringgit.

Bagaimanapun bermula 11 Oktober lalu, industri penerbangan kembali bernafas selepas perjalanan rentas negeri dibenarkan.

Adakah Bajet 2022 yang akan dibentangkan di Parlimen pada Jumaat, 29 Oktober 2022 nanti akan menambah lagi senyuman industri penerbangan?

Saksikan wawancara khas bersama Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat bagi menyelami harapan dan impian untuk melihat industri penerbangan kembali gah di udara.

#KeluargaMalaysia
#AirAsia
#Covid19
#Bajet2022

Share This Video


Download

  
Report form