PERTAMA kali menghasilkan kandungan video seram, gadis bernama Nurhayati Tahir dari Kuantan, Pahang ini tidak menyangka ia menerima lebih empat juta tontonan di TikTok.
Menurut Nurhayati, 30 atau mesra disapa Yatt, idea untuk menghasilkan kandungan video seram berbentuk point of view atau POV itu tercetus kerana dia meminati dengan cerita-cerita bergenre seram.