Polis Melaka mengesahkan video tular yang memaparkan bungkusan nasi yang diselit dengan wang tunai RM50 dan diagih kepada warga emas, bukan berlaku di negeri itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Azlan Abu juga menegaskan pengagihan bungkusan makanan itu tiada kaitan dengan aktiviti meraih undi sempena PRN Melaka.