Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin komited untuk memastikan isu melibatkan lantikan pegawai perubatan kontrak ke perjawatan tetap diselesaikan segera.
Ujarnya, beliau senada dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) yang mahukan lebih 10,500 pegawai perubatan kontrak dilantik secara tetap.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Anwar yang ingin tahu implikasi kewangan kepada kerajaan serta jaminan berkenaan pelantikan pegawai perubatan lepasan siswazah secara tetap.