Pengerusi PH Melaka Adly Zahari berkata mungkin disebabkan faktor kekangan masa menyebabkan
parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) gagal mendapat kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Dalam temubual bersama KiniTV, Adly berkata pada masa sama PH sendiri mempunyai calon daripada kalangan orang muda.
Sebelum ini, Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pihaknya akan berunding dengan PH bagi meletakkan calon MUDA pada PRN Melaka.