Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyifatkan kehadiran bekas Yang Dipertua Negeri Melaka, Mohd Khalil Yaakob bersama calon PH merupakan suatu yang positif buat gabungan itu.
Mohamad berkata kehadiran Mohd Khalil di kempen PH memberi kesan yang baik kepada calon PH menjelang hari mengundi Sabtu ini.