Najib Razak menarik balik permohonannya untuk mendapatkan hartanah didakwa bernilai RM100 juta yang layak dipohon oleh bekas-bekas perdana menteri.
Bekas perdana menteri itu membuat keputusan tersebut kerana tidak mahu ia menjadi isu di PRN Melaka serta mengambil kira keadaan rakyat yang berdepan saat sukar.
Dalam sidang medianya, Najib juga mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula peruntukan khas tersebut untuk semua bekas perdana menteri selepas ini.
Sumber video:
https://www.facebook.com/MelakaHariIniOfficial/videos/703614237280494/