Tiada kepastian bahawa memorandum persefahaman yang ditandatangani PH dengan Putrajaya akan bertahan sehingga Julai tahun depan, kata Asyraf Wajdi Dusuki.
Menurut ketua Pemuda Umno itu, PH dilihat tidak serius mempertahankan MOU berkenaan apabila membenarkan kerajaan BN-PN di Melaka jatuh pada Okt lalu.