“Cara marketing sampai orang marah adalah sampah!” - Waris tegur artis suka hati langgar SOP

mStar Malaysia 2021-12-04

Views 956

BAHARU sahaja dilancarkan menerusi saluran YouTube, lagu Apa Apa Rojer nyanyian Coki bersama Waris mula menjadi perhatian pendengar.

Segelintir pencinta muzik beranggapan lagu ini sedikit ‘panas’ kerana dikatakan menyerang beberapa selebriti yang pernah menjadi perhatian dengan cerita negatif sepanjang 2021.

Menurut Waris selaku penulis, dia akui sengaja menghasilkan lirik seperti itu bagi memberi kesedaran kepada segelintir rakan selebriti yang melanggar SOP ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

“Ideanya bermula kerana tak puas hati dengan artis yang melanggar SOP hingga menaikkan kemarahan orang ramai. Disebabkan mereka sibuk kejar populariti, kami anak seni yang lain terkena tempias.

“Kalau ada yang terasa, siapa suruh buat? Kami yang jaga SOP ni, yang tak ada bual hal... tak ada pula fikir fasal kita masa kita nak buat tu,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu lagu kontroversi ini turut menyentuh isu segelintir usahawan yang melalukan teknik pemasaran dengan cara yang salah.

“Marketing menggunakan kemarahan netizen ni adalah satu benda yang sampah, satu benda yang tak patut dibuat sebab kita ada banyak cara marketing lain.

“Saya bukan jenis meroyan atau mengamuk kat media sosial, kita ada muzik... jadi saya guna muzik untuk sampaikan kepada pendengar,” ujarnya.

Lagu Apa Apa Rojer boleh didengar melalui aplikasi siaran muzik dan YouTube mStar Online Malaysia.

Share This Video


Download

  
Report form