Timbalan Pendakwa Raya, V Sithambaram menyifatkan usaha pasukannya mengumpul bukti dan mendapatkan keterangan saksi sejak 2019 bagi kes SRC International terhadap Najib Razak sebagai proses yang 'panjang dan memenatkan'.
Sithambaran berkata ini kerana pasukan pembelaan Najib mengemukakan bantahan yang kuat terhadap semua perkara yang dibangkitkan pihaknya.