Persatuan pengusaha makanan berhasrat menaikkan harga makanan dan minuman tahun depan, berikutan kos bahan mentah dan barangan yang melambung tinggi.
Walaupun belum ada keputusan mengenai kadar kenaikan, pengusaha restoran berkata kenaikan harga tidak dapat dielakkan kerana mereka tidak dapat menampung kenaikan kos.