Adun Sungai Pelek dari DAP, Ronnie Liu berkata dia berharap perang mulut antara pemimpin parti itu, Tony Pua dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad akan membuka mata ahli-ahli parti berkenaan.
Liu berkata terdapat segelintir individu dalam parti itu yang tetap 'setia membuta tuli' kepada Mahathir walaupun dia memainkan peranan dalam menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan.