Sepuluh individu dilapor hilang, dipercayai dihanyutkan air deras dalam kejadian banjir di Pahang, dengan lapan daripadanya melibatkan dua kejadian kepala air di Bentong.
Banjir yang melanda lapan negeri menyaksikan lebih 43,000 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.
Selangor menjadi negeri paling teruk terjejas sehingga sesetengah kawasan boleh diibaratkan seperti dilanda tsunami.