Mangsa banjir di Selangor tidak perlu membuat laporan polis bagi tujuan mendapatkan bantuan Selangor Bangkit susulan banjir teruk, kata Menteri Besarnya Amirudin Shari.
Sebaliknya kata Amirudin, laporan polis hanya perlu dibuat sekiranya mangsa banjir kehilangan dokumen pengenalan diri.