Ketua Pemuda PKR, Akmal Nasir dan beberapa Ahli Parlimen parti itu membuat laporan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Azam Baki berhubung dakwaan terlibat dengan salah laku pembelian saham.
Dalam laporan polis itu, Akmal dan beberapa Ahli Parlimen PKR menggesa pihak berkuasa menyiasat pengakuan dibuat Azam yang membenarkan adiknya membeli saham menggunakan akaunnya pada 2015.
Beliau berkata pengakuan Azam itu menimbulkan keraguan dan mendatangkan kecurigaan yang serius.