Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menegaskan tuduhan salah laku membabitkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki bukan kes individu, sebaliknya melibatkan seluruh sistem pentadbiran negara.
Bercakap dalam Facebook live malam tadi, Anwar berkata seluruh sistem dan institusi dalam negara akan menerima kesan sekiranya negara bersikap tolak ansur terhadap perbuatan rasuah.
Sumber video: https://fb.watch/atcDFuKHka/