Dewan Rakyat sedikit tegang hari ini apabila ahli-ahli Parlimen pembangkang mempertikaikan kenyataan perdana menteri Ismail Sabri Yaakob berhubung isu bantuan banjir di Selangor.
Terdahulu Ismail mendakwa ahli-ahli Parlimen negeri dan Adun tidak turun padang memberikan bantuan sebaliknya dia telah pun berada di lapangan pada malam pertama berlakunya bencana itu.