Ahmad Zahid Hamidi perlu 'direhatkan' serta-merta daripada memegang jawatan penting dalam parti termasuk kerusi Presiden Umno.
Bekas Ketua Umno Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee menegaskan, kekosongan tersebut sewajarnya dipangku oleh Ismail Sabri Yaakob, sesuai dengan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.