Prosedur operasi standard (SOP) bagi PRN Johor akan sedikit berbeza dengan mengambil kira varian Omicron, menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Khairy berkata pihaknya menjangkakan varian Covid-19 yang baru itu akan meningkatkan bilangan kes positif memandangkan kadar kebolehjangkitannya yang tinggi.