Tengku Eidil merupakan pengarah kreatif di sebuah syarikat pengiklanan terkemuka, dan sedang bercinta dengan seorang gadis campuran Marsha Gordon. Namun, detik hatinya untuk berubah kearah ukhrawi membawanya jauh dari rancangan berkahwin dengan Marsha. Nadia ialah seorang penghantar makanan disebuah restoran milik sahabat baiknya – Rostam, Nadia gigih bekerja demi membiayai keluarganya dan untuk mengecap cita-citanya menjadi jurufoto professional.