Nelo Vingada mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ketua jurulatih kebangsaan berkuat kuasa serta merta. Menurut jurulatih kelahiran Portugal itu, keputusannya telah diterima Tunku Mahkota Johor yang juga Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.