SSM lancar dua inisiatif baru bagi komuniti korporat dan perniagaan

AWANI 2022-03-15

Views 0

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melancarkan pelan induk skim kepentingan yang akan memanfaatkan semua sektor ekonomi untuk menjana pendapatan perniagaan serta mendapatkan dana atau pembiayaan alternatif bagi tujuan menjalankan aktiviti ekonomi.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata skim itu berdaftar dan diiktiraf di bawah ‘Financial Service Act 2013 (FSA 2013)’ sebagai satu daripada aktiviti pengumpulan deposit yang terkecuali daripada kawal selia di bawah akta itu sepertimana aktiviti terkawal mengikut akta pasaran modal dan sekuriti (CMSA 2007).

Share This Video


Download

  
Report form