Seorang bayi perempuan yang baru lahir ditemui ditinggalkan di hadapan sebuah kilang di Jalan Kebun Sayur, Bakri Batu 6, Muar pada pagi Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip dalam kejadian sekitar 8.30 pagi tadi, bayi yang masih bertali pusat dengan dibalut kain berwarna biru gelap itu ditemui oleh pemilik kilang berkenaan di atas longgokan kayu.