Golongan suami memainkan peranan kritikal dengan memberikan sokongan emosi dan fizikal bagi memastikan kestabilan emosi isteri yang baharu melahirkan anak.
Bagi Pengasas The Breastfeeding Advocacy Network, Gina Young, tempoh berpantang sepatutnya digunakan untuk memanjakan isteri.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia yang disambut 1 hingga 7 Ogos.
Topik mengenai kepentingan penyusuan ibu dibincang dan dikupas dalam program bual bicara, Awani Pagi pada Rabu.