Sebanyak 883 rumah di seluruh Perlis dilaporkan rosak dan terjejas akibat ribut yang melanda negeri itu selama dua hari, pada Jumaat dan Sabtu.
Bagaimanapun, Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, jumlah itu dijangka meningkat sehingga seribu buah rumah, memandangkan ada lagi mangsa yang sehingga kini masih belum membuat aduan.