Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mungkin akan memulakan operasi pembenihan awan (OPA) untuk menangani masalah jerebu di Sarawak esok, bergantung kepada kesesuaian keadaan atmosfera.
Ketua Pengarah Met Malaysia, Jailan Simon berkata jabatannya sentiasa memantau keadaan dari semasa ke semasa untuk kemungkinan melakukan opa jika keadaan atmosfera di negeri itu bertambah baik.