Operasi pembenihan awan bagi mengurangkan kesan jerebu di Selangor dijangka dilakukan pada Ahad atau Isnin depan.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon ia berikutan keadaan cuaca yang agak kering dengan kadar kelembapan dalam udara yang rendah di Selangor pada Jumaat dilihat kurang sesuai untuk dilakukan operasi berkenaan.