Ketua Polis Negara menyifatkan tindakan beberapa individu mengeluarkan "fatwa" berlandaskan kefahaman sendiri dan melabelkan polis sebagai kafir adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
Beliau memberikan respon kepada kenyataan bersifat provokasi dan hasutan di laman sosial berhubung tindakan polis menembak mati seorang lelaki yang mengamuk di Pulau Pinang Isnin lalu.