Kenyataan Perdana Menteri bahawa isu Foodpanda tidak dibincang dalam kabinet, adalah merujuk pandangan peribadi Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam, iaitu membantah sikap pengurusan syarikat penghantaran makanan itu.
Syed Saddiq berkata, laporan beberapa media yang membawa maksud isu itu tidak dibincangkan dalam kabinet, adalah salah.