Hanya berbaki sehari sebelum aksi final Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil pada Sabtu ini.
Sudah tentu persiapan rapi dijalankan setiap pemain Johor Darul Takzim JDT dan Kedah sebelum merebut gelaran juara Piala Malaysia musim ini.
Bagi bekas pemain Harimau Selatan yang kini bersama skuad Lang Merah, Mohd Azamuddin Akil meskipun mengakui kekuatan JDT, namun skuad Hijau Kuning mempunyai percaturan terbaik dalam aksi itu.