Bekas Hakim Mahkamah Sesyen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini atas tuduhan menerima suapan 17,500 ringgit bagi menjatuhkan hukuman denda terhadap tujuh Pendatang Asing Tanpa Izin, Julai lalu.
Tertuduh Azmil Muntapha Abas, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rozilah Salleh.