Gelombang banjir di Terengganu mungkin lebih panjang

AWANI 2022-03-16

Views 0

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu tidak menolak kemungkinan gelombang banjir yang melanda negeri itu lebih panjang berbanding sebelum ini.

Ini berdasarkan amaran yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) yang meramal hujan sangat lebat di beberapa kawasan di negeri Kelantan dan Terengganu dijangka berterusan sehingga Isnin.

Share This Video


Download

  
Report form