Kerajaan hanya akan membuat keputusan berhubung cadangan jambatan ketiga selepas selesai kajian kebolehlaksanaan untuk mencari penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi masalah kesesakan di tambak Johor.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kajian itu akan menilai keupayaan masa kini Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar, yang kini terpaksa menampung jumlah pelawat yang sangat tinggi.