Sebanyak RM32.377 bilion telah dibelanjakan sebagai sumbangan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri bagi tempoh 2014 sehingga 2018, tidak termasuk geran populasi.
Menteri kewangan, Lim Guan Eng menjelaskan secara amnya klasifikasi pemberian Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri adalah mengikut Perlembagaan Persekutuan.