Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menepati 'janji', dan membuka jalan untuk perwakilan menyerang beliau serta pimpinan lain.
Timbalan Presiden PKR itu berkata, beliau berpegang kepada keputusan 'perbincangan' terdahulu, dan ucapannya ketika merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan tidak menyindir mana-mana pihak.