Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata tindakan kerajaan India memanggil Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke negara itu baru-baru ini, tidak menjejaskan hubungan kedua-dua negara.
Beliau berkata, tindakan itu adalah amalan lazim mana-mana negara bagi mendapatkan penjelasan bagi isu tertentu.
Katanya dalam hal ini, ia bagi membincangkan pindaan Akta Kewarganegaraan negara tersebut.