Kira-kira 8,000 anggota Bomba Dan Penyelamat bersiap sedia di seluruh negara semasa perayaan Tahun Baru Cina.
Ia sempena OP Selamat yang dilaksanakan mulai Khamis hingga Rabu minggu hadapan.
Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Datuk Soiman Jahid berkata, hanya 20 peratus sahaja angota di balai-balai di seluruh negara dibenarkan bercuti.