Malaysia selaku tuan rumah kepada Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) perlu menjuarai permasalahan melibatkan pengumpulan data yang dilihat menjadi kekangan kepada pertumbuhan ekonomi digital.
Penganalisis Unit Sokongan Polisi APEC, Emmanuel San Andres berkata antara penyelesaian kepada inisitif itu termasuk meningkatkan kerjasama polisi dan memperkukuh kumpulan kerja ekonomi.