Seorang kanak-kanak perempuan warga China yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu setelah mempunyai simptom novel koronavirus dibenarkan pulang pada Rabu.
Kanak-kanak yang berusia lima tahun itu juga telah pulih daripada demam dan sakit tekak.