Seorang pelajar tingkatan 4 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Gurun nyaris buta apabila tertusuk anak panah ketika menjalani latihan untuk kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSKK).
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Assiten Komisiner Adzli Abu Shah, berkata kejadian jam 3.30 petang itu berlaku ketika mangsa bersama dua rakannya sedang menjalani latihan memanah di kawasan padang sekolah terbabit.