Sekitar 12,000 peserta dijangka bakal terlibat dan menerima manfaat daripada penganjuran program sampingan, skuad APEC 2020 atau ‘pocket program’ seiring berlangsungnya kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020.
Menurut Ketua Jawatankuasa Kerja Komunikasi Sekretariat Kebangsaan APEC 2020, Norhayati Abd Manaf, program sampingan itu bertujuan mendekati dan memberi penerangan kepada orang ramai berhubung peranan malaysia selaku tuan rumah kepada penganjuran APEC tahun ini.