107 rakyat Malaysia dari Wuhan yang ditempatkan di Pusat Pemantauan (Surveillance Center) di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) Nilai, Negeri Sembilan dibenarkan pulang hari ini.
Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, ia selepas ujian pengesanan kali kedua dibuat terhadap kesemua mereka mendapati negatif COVID-19.