Ketua Polis Negara mengesahkan, empat anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Selangor ditahan pada Selasa susulan dakwaan memeras ugut seorang ahli perniagaan Taiwan yang dikatakan terlibat dalam memproses dadah.
Difahamkan, ahli perniagaan itu membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati kondominiumnya yang menjadi makmal pemprosesan dadah di Cheras, diserbu walaupun mendakwa membayar tiga juta ringgit kepada empat polis berkenaan.