Sabah bakal menyaksikan perhimpunan para peniaga, usahawan, pelabur dan pedagang seiring penganjuran Mesyuarat Menteri-Menteri Perdagangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
Pengarah Sektor Asean dan Oceania, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Raja Badrulnizam Raja Kamalzaman berkata pameran antarabangsa tiga hari bermula 20 April itu akan melibatkan lebih 200 pempamer dari seluruh 21 anggota ekonomi APEC.