Keputusan pihak Istana Negara untuk menyelesaikan kemelut pelantikan Perdana Menteri ke - 8 hampir muktamad. Ini selepas pihak Istana Negara mengambil ketetapan untuk berhubung dengan ketua-ketua pemimpin parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat bagi mengemukakan pencalonan nama bakal Perdana Menteri.