Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia Datuk Seri Akhbar Satar menegaskan bahawa kes perbicaraan rasuah membabitkan ahli politik perlu diteruskan bawah pentadbiran baharu.
Kata beliau, sekiranya perbicaraan kes ini tidak dilakukan dengan telus, kredibiliti kerajaan serta institusi kehakiman akan terjejas.