Penjara sebagai pusat pemulihan, bukan hukuman

AWANI 2022-03-18

Views 0

Sepanjang 230 tahun sejak institusi penjara ditubuhkan di Malaysia, pelbagai reformasi dilaksanakan. Antaranya mengubah konsep penjara sebagai tempat hukuman sehingga kini menjadi pusat pemulihan.

Menurut Pengarah Dasar Kepenjaraan, Datuk Nordin Muhamad, pemulihan harus menjadi keutamaan di penjara seperti yang dipraktikkan di negara-negara Skandinavia.

Namun, objektif itu semakin sukar dicapai terutamanya apabila berdepan dengan isu kesesakan. Di Penjara Kajang, jumlah banduan yang ditahan dua kali ganda kapasiti penjara itu dari sudut fasiliti dan tenaga kerja.

Share This Video


Download

  
Report form