Itali merekodkan kenaikan yang lebih kecil kes positif jangkitan COVID-19 buat hari kedua berturut-turut.
Data yang dikeluarkan oleh Agensi Perlindungan Awam Itali pada Isnin menunjukkan, 4,789 kes baharu dilaporkan, hampir 700 kurang daripada peningkatan sehari sebanyak 5,560 kes baharu yang dilaporkan pada Ahad.