Sekitar 40% perniagaan Startup dan perusahaan sosial mungkin ‘lumpuh’ sekiranya pandemik COVID-19 berlarutan sehingga Hari Raya Aidilfitri.
Penemuan ini diperolehi hasil daripada kajian selama empat hari bermula 19 hingga 22 Mac, 2020 yang dijalankan oleh Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC).